|
Soyuja! Saya perempuan dan saya bertuah :). Travel this ![]() Create Your Badge
| Spesifikasi calon suami yang bolehlah dibuat suami
Monday, 1 April 2013 | 06:41 | 0 who?
1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah
sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah
zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait
sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari
Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang
mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh
mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi
mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun
setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah
sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi
bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan
orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok,
“Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu
matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak
bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia
mengata-ngata orang lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu
2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok
Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada
kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia
tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari
malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je
walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu – UAI)
17. Pandai masak sekurang-kurangnya masak nasi dan goreng
telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. Kalau dia tak
sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD atau tempat-tempat makan
yang pelik-pelik nama dia menu yang mahal-mahal sebab dia tahu keje dia gaji
tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.
18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas
rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai
kawan-kawan isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur untuk raikan
tetamu.
19. Jenis pembersih gak la. Masa muda-muda dia tak de la
jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga.
Kena bersih sebab hari-hari nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.
20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak-anak tentang
kematian dan amalan agama. “Sayang, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam..
Ingatlah detik kematian tu makin hampir.”
21. Dia sentiasa nak berubah bersama-sama isteri dan
anak-anak dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.
|