|
Soyuja! Saya perempuan dan saya bertuah :). Travel this ![]() Create Your Badge
| Siapa Lelaki Ini Yang Muncul Dalam Mimpi Hampir 2000 Orang Pesakit
Tuesday, 2 April 2013 | 23:41 | 0 who?
![]()
Pada Januari 2006 di New York, seorang pesakit mental telah melukis wajah seorang lelaki yang sering muncul di dalam mimpinya. Pesakit wanita itu memberitahu bahawa lelaki itu telah memberikannya nasihat di dalam mimpi. Wanita itu juga mendakwa yang beliau tidak pernah menjumpai lelaki tersebut di dunia nyata. Gambar lelaki itu dibiarkan di atas meja seorang doktor psikiatri sehingga seorang lagi pesakit mental mengenali wajah tersebut yang juga melawat beliau di dalam mimpi. Doktor psikiatri itu pun memutuskan untuk menghantar gambar tersebut kepada rakannya yang mempunyai pesakit yang menghidap penyakit "recurrent dreams". Selepas beberapa bulan, 4 orang pesakit mengecam wajah lelaki tersebut. Mereka mengenalpasti lelaki tersebut dengan nama THIS MAN. Dari January 2006 hingga sekarang, 2000 orang telah mengenalpasti lelaki ini yang pernah beberapa kali muncul dalam mimpi mereka.
Pesakit-pesakit ini datang dari pelbagai tempat seperti Los Angeles, Berlin, San Paulo, Tehran, Beijing, Rome, Barcelona, Stockholm, Paris, New Delhi, Moscow dan sebagainya. Ini membuktikan bahawa tiada hubungan secara langsung antara pesakit-pesakit ini dan tiada seorang pun diantara pesakit ini pernah melihat latau mengenali lelaki tersebut di dalam kehidupan mereka. Beberapa teori telah disenaraikan oleh para saintis mengenai kejadian ini.....
|