|
Soyuja! Saya perempuan dan saya bertuah :). Travel this ![]() Create Your Badge
| "Memilih sangat ke aku ni?"
Monday, 3 December 2012 | 04:50 | 0 who?
Tidak dinafikan. Kadangkala, pernah juga terlintas dalam fikiran
"Memilih sangat ke aku ni?"
Ya. Aku mengaku. Tapi, kenapa aku memilih?
"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)? Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan"
(Surah al-Balad ayat 10-11)
Nak cari teman wanita? Senang.
Nak cari girlfriend? Senang.
Caranya?
Pastikan anda berduit, dan mempunyai rupa paras, maka anda sudah mempunyai pakej!
Tetapi mencari seorang wanita solehah, untuk dijadikan sebagai zaujah atau isteri, yang sanggup susah senang bersama-sama. Yang di kala suaminya mempunyai masalah, dia sentiasa mendokong dari belakang. Memberikan semangat.
Mungkin sukar.
Aku bukannya mencari isteri untuk bersama-sama dengannya dalam masa satu hari sahaja, iaitu ketika majlis perkahwinan. Seronok mengambil gambar bersama isteri di majlis perkahwinan. Boleh 'update status FB' daripada 'single' kepada 'married'. Ramai orang 'like' dan 'comment'. Seolah-olah menjadi selebriti secara tiba-tiba. Seminggu kemudian, sudah sepi.
Maka sebab itu, aku harus memilih! Aku ingin bersamanya hingga ke syurga. Justeru, bagiku tidak salah memilih, kerana kita ada pilihan. Buruk atau baik.
Letakkan "Guideline"
"Aku rasa kau ni memilih sangat."
Pernah juga aku ditegur seorang sahabat. Aku mengambilnya sebagai kata-kata semangat. Monolog dalaman. "Bukankah dalam urusan agama kita perlu memilih?"
Aku letakkan 'guideline' yang mungkin bagi sesetengah orang, dirasakan agak melampau. Syadid. Jumud.
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka............"
(Surah an-Nur ayat 24-31)
Sekali lagi aku tegaskan, aku tidak mencari zaujah yang sempurna kerana diriku juga bukan seorang yang sempurna! Masih banyak khilaf dan dosa yang dilakukan. Astaghfirullah.
Namun, tidak salah untuk meletakkan penanda aras dalam memilih.
1) Berpakaian muslimah. Tak semestinya seorang ustazah dan mengambil jurusan agama. Aku lebih cenderung untuk memilih zaujah yang bertudung labuh, memakai sarung tangan dan stokin, berpakaian longgar dan tidak nipis. Kenapa? Aku mempunyai fatwa hati yang tersendiri.
Bagi aku, jika dia sudah 'settle' dari segi itu, InsyaAllah dia sudah faham akan tuntutan Islam dalam menjaga batas aurat. Bermakna dia sudah mampu menguruskan dirinya dari segi aurat! Maka, lebih mudah untuk dia fokus kepada hal lain pula, seperti terlibat dalam kerja dakwah dan masyarakat, serta mendidik anak-anak.
2) Memahami bahawa aku bukanlah hak yang mutlak kepadanya. Aku juga mempunyai tugas dakwah yang perlu dilaksanakan. Tugas aku sebagai hamba Allah. Tugas sebagai anak kepada ibu bapa. Tugas dalam masyarakat. Mungkin aku akan sibuk untuk terlibat dengan kerja-kerja dakwah. Kerana kita hidup di dunia sebagai seorang da'ie. Jadi, aku memerlukan seorang isteri yang benar-benar memahami.
Sebenarnya, banyak lagi yang ingin ditulis. Tapi, aku kira, ini adalah yang paling penting. Tetapi, bukanlah bermaksud yang lain tidak penting!
Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan harta kamu tetapi melihat kepada hati-hati kamu dan amalan-amalan kamu" (Hadith riwayat Muslim)
Namun, jauh disudut hati, aku sentiasa merasakan diriku tidak layak, memperisterikan seorang zaujah, seperti ciri-ciri di atas. Kenapa? Lihat sahajalah diriku. Begitu banyak dosa dan kesilapan yang pernah dilakukan.
Layakkah aku?
Aku lebih cenderung memilih seorang isteri yang sentiasa berusaha memperbaiki amalannya, daripada memilih seorang isteri yang sempurna. Takut kecewa di hari kemudian, kerana merasakan diri yang hina ini tidak layak!
|