About Iqa \(^O^)/
~ Jangan main kaca nanti terluka, pergi cari intan ~
Ini cerita tentang rasa. Terserah kalian menilai ku dengan kata apa, Terkadang aku juga salah menilai diri ku ini bagaimana..


Soyuja!


Saya perempuan dan saya bertuah :).

Travel this

Iqa D'Radzmi

Create Your Badge



This is not a LOVE STORY. This is a STORY about LOVE
Thursday, 25 October 2012 | 22:21 | 0 who?
             Tiada jalan cerita yang suweet pun , how i meet him. jangan tanya why i choose him, saya tak pilih , malah dia pun tak cari saya,..DIA yang bagi, DIA yang temukan.:). tiada jalan cerita cinta yang terlalu romantis..tapi yang pasti bersama dia hingga ke saat ini. saya BAHAGIA.

Perkenalan yang singkat, dari berapa banyaknya mesej yang dia sent yang saya acuh tak acuh membalasnya. Mengenali 2 lelaki secara serentak dan ketika itu adakah saya harus memilih ?.. saya kenalkan seorang lagi sebagai Saiful (bukan nama sebenar). saya dan Saiful dah lama berkawan, Actually dia bekas kekasih kawan baik saya. Waktu itu phone saya rosak , Saiful menawarkan menggunakan phone nya untuk sementara waktu, saya akur, ketika menggunakan phone pemberian Saiful itu lah, saya tidak pernah reply mesej yang di hantar oleh Zharif.., .Memang Saiful menyukai saya, saya merasainya..,jika tidak masakan terlalu banyak waktu yang dia luangkan untuk saya. Terlalu mengambil berat. Dan suatu hari Zharif memutuskan untuk bertemu dengan saya, pernah saya bagi bermacam alasan. Gayanya seperti dia tidak berputus asa..dan saya setuju berjumpa dengannya. Pertemuan itu saya nyatakan kenapa saya tidak membalas setiap mesej mesej dia, lalu dia mengeluarkan sebiji phone dan meminta saya menggunakannya. Phone yang sama cuma berbeza warna.

Ada 2 biji phone di tangan saya, salah satunya harus saya kembalikan kepada pemiliknya. Lama saya termenung, berfikir barangkali. Dan akhirnya saya membuat keputusan, Setiap luahan antara mereka telah saya dengar. Maka berkeputusan memberi peluang salah seorang diantara mereka. Saya menghantar mesej kepada Saiful menceritakan segalanya, memberitahunya yang saya akan memulangkan phone nya itu. Alhamdulillah..dia memahami..sangat sangat memahami. FAKTOR utama dia bekas kekasih kawan baik saya. Bagaimana perasaannya waktu itu saya kurang pasti, kerana saiful begitu pandai mengawalnya.

Zharif...hmmm...segalanya dia luahkan, apa yang dia rasa. Tapi kenapa waktu itu saya memang tak rasa apa apa. Cinta? jauh sekali. "Cukuplahh sekadar berkawan.., janji manis kerap sudah didengari, mungkin hati dah tawar.., buat apa menyakitkan hati sendiri, kita tak akan ada apa apa " ini yang saya beritahu padanya.

"Jika ALLAH menetapkan sesuatu,akan "JADI" ikut perancangan-Nya walau SEHEBAT manapun kita MERANCANG. Jika dia JODOH kamu,akan TETAP jadi milikmu walau seseorang merancang ENGGAN hidup dengan seseorang itu :-)"

Ahh..saya fikir dia sudah putus asa, sangkaan saya silap. malah setiap masalah dia lah pemberi semangat, pendengar yang setia.." ..saya akan tunggu, hingga awak bersedia " itu katanya.

"Ya Allah, tutupkan perasaan aku terhadap dia yang tidak menghargai dengan sedaya usahaku sekalipun. Dan titipkan dan bukakanlah perasaan aku terhadap sidia yang tidak pernah jemu menunggu walaupun sedaya usaha aku menolaknya.."


Saya perbetulkan niat. CINTA KALI  INI HARUS ADA MATLAMAT. saya menerimanya...masih tidak sepenuh hati..,saya berpegang pada pepatah "Dicintai lebih bahagia daripada mencintai"..

Rezeki Allah tanpa diduga. 
Dia mendapat tawaran pekerjaan yang menjamin masa depannya. 
Alhamdulillah..

3 bulan kami terpisah. bermacam dugaan. kadang kadang saya hampir putus asa dengan hubungan ini, pernah saya membuat keputusan untuk meninggalkan nya tanpa berita.
 kejam kah ?

Allah maha adil. Suatu malam dia diberi kesempatan menggunakan handphone. malam itu saya menceritakan segalanya. apa yang saya lalui. Fitnah tentang dia bertubi tubi. katanya.."kenapa masa I kat luar, tak de sapa nak cakap macam macam, kenapa waktu I kat dalam training nih, semuanya berlumba nak buat cerita bukan bukan..,I harap you jangan buat apa apa keputusan, tolong tunggu I keluar dulu.., I buat semua ni untuk family I, untuk you, untuk kita.." 

Sejak itu..saya lebih bijak dalam membuat keputusan. Saya lebih mengenalinya, bukan mereka..

Dan hari ini..saya semakin bahagia :

:♥ Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH.

:♥ Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG.

:♥ Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI.

:♥ Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN.

:♥ Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA.

:♥ Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG.

:♥ Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita.



ZHARIF say:
I taknak janji kat you macam macam, janji itu dan ini, nanti you ckp I sama macam ex you. tapi nanti I akan buktikan..dan akan pastikan suatu hari nanti bila saja you buka mata..,you hanya mahukan I disisi..




When a man is serious with you, he will show it. Through his determined action, to make your relationship is halal in His way.
♥ :' )





Older Post | Newer Post