About Iqa \(^O^)/
~ Jangan main kaca nanti terluka, pergi cari intan ~
Ini cerita tentang rasa. Terserah kalian menilai ku dengan kata apa, Terkadang aku juga salah menilai diri ku ini bagaimana..


Soyuja!


Saya perempuan dan saya bertuah :).

Travel this

Iqa D'Radzmi

Create Your Badge



Try to touch your Iman
Thursday, 28 June 2012 | 21:40 | 0 who?
PADA zaman dahulu kala, raja Mesir terkenal dengan panggilan Firaun mempunyai pekerja wanita yang dikhaskan untuk menyikat rambut anak perempuan mereka. Pekerja itu dipanggil Masitah. Pada suatu hari berlaku satu peristiwa  yang menyayat hati. Ketika Masitah sedang asyik menyikat rambut puteri Firaun secara tidak sengaja sikat yang dipegangnya terjatuh lalu dengan spontan terlontarlah perkataan dengan nama ALLAH SWT celakalah Firaun daripada bibir mungil.

Ucapan yang lahir daripada bibir Masitah jelas kedengaran di telinga puteri Firaun, lantas anak gadis pemerintah zalim itu bertanya: Wahai tukang sikat rambut ku! Apakah ada Tuhan selain daripada bapaku?

Cepat Masitah menjawab: Ya. Memang ada. Mahukah engkau jika aku sampaikan perkara ini kepada ayahanda ku? ucap anak Firaun dengan egonya. Tanpa gentar Masitah berkata, Silakan.

Sebaik terdengar berita tersebut, Firaun memerintahkan Masitah dibawa menghadap kepadanya, lalu Firaun bertanya kepada Masitah: Apakah ada Tuhan selain daripada ku? Masitah menjawab dengan tegas: Tuhan ku adalah ALLAH (Wajibul Wujud).

Mendengar jawapan itu, Firaun menitahkan pegawainya memujuk Masitah agar mengubah pendiriannya dengan bermacam pujukan, namun Masitah tetap dengan pendiriannya. Malah, Masitah memberikan jawaban dengan tegas, 

ALLAH Tuhan ku dan Tuhan mu sekalian. Bertambah murkalah Firaun lalu digertaknya Masitah, suami dan anaknya. Beta akan bunuh sekalian keluarga kamu! gertak Firaun. Baiklah, jawab Masitah. Akan tetapi, ada permintaan  hamba yang harus tuanku tunaikan iaitu hamba mahu sekiranya tuanku membunuh hamba, kuburkanlah hamba ini dalam satu liang.

Firaun mengarahkan hulubalangnya membawa belanga besar berisi minyak sedang menggelegak bagi merebus Masitah sekeluarga. Bayangkan minyak yang mendidih di atas api, dilontarkan satu persatu anak dan suaminya. Kini  tinggallah Masitah berdua dengan anak kecilnya yang sedang menyusu dalam pangkuan. Akan tetapi Masitah langsung tidak gentar. Perasaan terharu menyelubunginya menyebabkan beliau tertahan untuk terjun kerana anaknya  menyusu.

Sesungguhnya ALLAH itu Maha Berkuasa, anak yang masih kecil berkata kepada ibunya, Wahai ibu ku, masuk sahajalah ke dalam periuk belanga ini. Sesungguhnya ibu berada di pihak yang benar.

Dengan demikian terdengar sahaja perkataan tersebut, maka bertambah beranilah Masitah untuk masuk ke dalam periuk belanga itu. Terjunlah Masitah bersama anaknya ke dalam belanga yang sedang panas mendidih. Tamat sudah  riwayat hidup seorang tukang sisir di dunia yang fana ini. Betapa wanita itu sanggup mempertahankan keimanannya kepada ALLAH. Adakah kita juga akan berbuat demikian? Setelah selesai upacara menjatuhkan hukuman, maka  Firaun menitahkan kepada hulubalangnya supaya menguburkan Masitah sekeluarga di dalam satu kubur sebagaimana permintaan Masitah.

Dek kerana keimanannya, ALLAH mengharumkan kubur Masitah bertahun lamanya.



Older Post | Newer Post