|
Soyuja! Saya perempuan dan saya bertuah :). Travel this ![]() Create Your Badge
| Kehilangan
Sunday, 17 June 2012 | 06:57 | 0 who?
Bukan mudah nak lalui hari hari yang biasanya sentiasa ada DIA. Walau pun hanya enam bulan. perit sangat nak lalui. Sedih sebab merindui seseorang. hari hari tatap gambar dia. sakitnya rindu ini tuhan je yang tahu. tapi entah kenapa aku hari ini, lepas aku dapat mesej di inbox dari seseorang yang aku tidak pernah bersua malah bertentang mata juga tidak. aku bersyukur. ya..Allah bersyukurnya aku. "Dulu arwah selalu nyanyi lg ni masa kitorang mula2 kenal. Cuma akak jer yg x faham dia suka kat akak. Hehehe" Luruh hati aku. Tabah sungguh dia. Lalui hari hari yang penuh cabaran tanpa suami disisi. Kehilangan suami tersayang disaat usia perkahwinan masih muda. Disaat pasangan suami isteri yang lain berlari bahagia mengejar anak anak mereka yang comel .dia sendiri. Aku tak tahu bagaimana rasa rindunya itu. tanpa mendengar suara. tanpa menatap mata. pasti perit. aku tidak pernah merasa..dan takut untuk merasainya. sekurang kurangnya zharif berusaha call aku, dan aku masih mendengar suaranya. sekurang kurangnya aku masih boleh menemuinya. apalah sangat rindu aku ini dibandingkan dengan rindu dia. Sebagai wanita. apa yang boleh aku katakan. dia memang wanita yang tabah. semoga dia terus tabah. aku sentiasa mendoakan kebahagiaannya. senyum senyum selalu ye kak! “Seorang perempuan yang telah menjadi janda kerana kematian suaminya tetapi dia bersabar menanggung anaknya, maka aku akan bersama dia di dalam syurga dalam keadaan seperti ini.” (Hadis riwayat Abu Daud) |