|
Soyuja! Saya perempuan dan saya bertuah :). Travel this ![]() Create Your Badge
| How Sweet
Tuesday, 26 June 2012 | 02:38 | 0 who?
“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu. Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan. Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu. Dan hari ini kau telah menjadi isteriku. Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik, Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong, Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta. Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan, Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku, Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu, Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan, Setiap panas dan terik. Setiap nafasku. Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala. Isteriku, Selamat datang ke hidupku, Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak, Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik kepada abang-abang dan kakak kakakku. Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.” She is one.. Who is treated as a Princess in her Parent's House ♥ But when she gets married.. She leaves everything behind.. Her parents, their love, her room.. She adopts your family values.. Even your family name, she calls your mother "Mum", and your father "Dad".. Love your wife.. Because so many love her, but she chooses to love you (^_^) ♥ ------------------------------------------------------------------------------------- Ni apa ni jiwang-jiwang ni.... ape la ko gayah, posting2 jiwang ni haram dibaca oleh orang brutal macam aku ni...aku ni brutal tauu... brutal... dah la brutal, ganas plak tu... lepas tu rock dan kaki pukul... ishh.. muntah aku baca benda2 jiwang ni... Adik Saiful bukhari : Abang rie... abang rie.. (sambil berlari-lari anak) Mister rie : Hah!! ada apa? (jerit rie tanda brutal) Adik Saiful bukhari : ni ha adik epul nak pulangkan novel cinta abang ni... yang adik pinjam semalam tu... Mister rie : hish ko ni, kok nak pulangkan pun, jangan la pulangkan di khalayak ramai.. malu la aku sebagai insan brutal... errr... ko baca novel yang mana satu? Adik Saiful bukhari : yang bertajuk 'KASIHKU DI TEBING RINDU'... sedih abang rie... Mister rie : ha ah... sedih kan ....huuuuu huuuu (nangis esak-esak sambil duduk bersimpuh tanda ayu) |