About Iqa \(^O^)/
~ Jangan main kaca nanti terluka, pergi cari intan ~
Ini cerita tentang rasa. Terserah kalian menilai ku dengan kata apa, Terkadang aku juga salah menilai diri ku ini bagaimana..


Soyuja!


Saya perempuan dan saya bertuah :).

Travel this

Iqa D'Radzmi

Create Your Badge



DARI BAKAL IBU MERTUA BUAT CALON MENANTU
Sunday 13 October 2013 | 04:29 | 0 who?
Duhai gadis, yang baru ku kenal … 
Tahukah kau, dia puteraku? 
Yang lahir dari rahim suciku?
Telah ku pertaruhkan hidupku untuk memilikinya
Dia anak kesayanganku yang sepanjang hidupnya ku besarkan dengan segenap rasa cintaku. 
Tangan inilah yang mengangkat tubuh mungilnya, menyuapinya, menyeka airmatanya, dan memeluknya dalam dakapanku. 

Duhai gadis,
Tahukah kau betapa besarnya rasa cintaku padanya?
Bahkan aku tak mampu membayangkan bila ada yang cuba merebutnya dari dakapanku. 

Tahukah kau duhai gadis..??
Betapa bangga ku rasakan ketika dia mulai beranjak dewasa
Menatapnya tumbuh menjadi lelaki tegap dan tampan …
Seulas senyumnya, mengingatkanku pada senyuman ayahnya yang sangat kucinta. 
Betapa hati ini terus diliputi rasa bangga dan berbuncah cinta padanya..

Kebanggaanku.. Puteraku..
Berbagai prestasi dia ukir dan memahatnya…
Bangga tak terperi memenuhi segenap jiwaku ..
Dan ku selalu merasa puas menyebutnya puteraku..
Tak sedikitpun dia pernah mengecewakanku.. Tak pernah..
 

Gadis,
Tahukah kau, betapa haru hatiku ketika aku melihat perubahannya? 
Mencuba mengenalnya lebih dalam dari yang kami ajarkan kepadanya.. 
Dia menjadi lelaki sejati, lelaki yang dirindukan syurga.. 
Dan aku semakin sayang padanya.
Puteraku, kini yang malah mengajarkanku banyak hal.. 
Mendekatkan aku kepada-Nya, pada Rabbku yang selama ini ku kenal dengan sederhana. 
Puteraku, cahayaku.. 

Namun, semua rasa itu berubah menjadi takut, cemas dan khuatir..
Ketika dia menyampaikan kepadaku tentang keinginannya.
Betapa dia ingin menyempurnakan agamanya..
Ya.. Dia ingin membangunkan rumah tangganya sendiri..
Dan, dia telah memilih,
Kaulah gadis beruntung itu.. 

Duhai gadis, tahukah kau..?? 
Betapa cemburunya aku padamu? 
Ya, aku sangat takut kehilangan putera kesayanganku. 
Takut kau merebut semua perhatiannya dariku. 
Takut keberadaanmu, memalingkannya dariku.. 
Kau akan merebutnya, dan aku cemburu. 
Namun, kembali ku sedari, puteraku tak akan memilih wanita sembarangan.. 
Ku yakin kau punya kelebihan yang membuatnya memilihmu, dan ku mulai menata hatiku. 

Duhai gadis pilihan puteraku..

Ku harap kau memiliki tangan yang lebih lembut dariku,
...kerana ku tak mahu kau melukai puteraku.
Ku harap kau mempunyai senyuman yang lebih sejuk dariku,
...kerana kelak, dia akan datang padamu dalam tiap galaunya, untuk mencari ketenangan.
Ku harap kau memiliki pelukan yang lebih hangat dariku,
...kerana ku ingin hatinya selalu damai dalam dakapanmu.
Ku harap, kau mempunyai tutur kata yang seindah embun,
...kerana ku tak ingin dia mendengar kata-kata kasar dalam hidupnya. 


Duhai gadis pilihan puteraku.. 
Jadilah anakku.. Agar tak pernah aku merasa kehilangan puteraku kerana kehadiranmu. 
Jadilah sahabatku.. Agar kau dapat mencurahkan rasamu padaku kelak..
Jadilah rakanku.. Agar kita dapat membahagiakan lelaki yang sama-sama kita cintai..

Untukmu gadis pilihan puteraku..
Selamat datang ke istana kami..
Penuhilah ia dengan cinta dan kasih..
Semoga kau bahagia menjadi sebahagian dari hidup kami..

Padamu gadis pilihan puteraku..
Ketahuilah bahawa,
Akupun akan mencintaimu..

Siapa Lelaki Ini Yang Muncul Dalam Mimpi Hampir 2000 Orang Pesakit
Tuesday 2 April 2013 | 23:41 | 0 who?

llkimisterixeer.jpeg

Pada Januari 2006 di New York, seorang pesakit mental telah melukis wajah seorang lelaki yang sering muncul di dalam mimpinya. Pesakit wanita itu memberitahu bahawa lelaki itu telah memberikannya nasihat di dalam mimpi. Wanita itu juga mendakwa yang beliau tidak pernah menjumpai lelaki tersebut di dunia nyata. Gambar lelaki itu dibiarkan di atas meja seorang doktor psikiatri sehingga seorang lagi pesakit mental mengenali wajah tersebut yang juga melawat beliau di dalam mimpi.  Doktor psikiatri itu pun memutuskan untuk menghantar gambar tersebut kepada rakannya yang mempunyai pesakit yang menghidap penyakit "recurrent dreams". Selepas beberapa bulan, 4 orang pesakit mengecam wajah lelaki tersebut. Mereka mengenalpasti lelaki tersebut dengan nama THIS MAN. Dari January 2006 hingga sekarang, 2000 orang telah mengenalpasti lelaki ini yang pernah beberapa kali muncul dalam mimpi mereka. 
Pesakit-pesakit ini datang dari pelbagai tempat seperti Los Angeles, Berlin, San Paulo, Tehran, Beijing, Rome, Barcelona, Stockholm, Paris, New Delhi, Moscow dan sebagainya. Ini membuktikan bahawa tiada hubungan secara langsung antara pesakit-pesakit ini dan tiada seorang pun diantara pesakit ini pernah melihat latau mengenali lelaki tersebut di dalam kehidupan mereka. Beberapa teori telah disenaraikan oleh para saintis mengenai kejadian ini.....

Monday 1 April 2013 | 07:57 | 0 who?

Ya Allah jagalah dia dan hatinya, peliharalah dia dari sebarang fitnah wanita-wanita dan manusia yang jahat..dekatkanlah hatinya dgnMu..jika dia yang terbaik untukku, agamaku, kehidupanku kini dan akan datang, satukanlah hati kami.


Ya Allah jika dia adalah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz,aku ikhlas menerimanya dengan seadanya Ya Allah.
Satukanlah kami sepertimana Kau satukan Adam & Hawa
TETAPI
Jika dia bukan jodohku Kau tutupkanlah pintu hatiku untuk menerima cinta lelaki sehingga Kau memberiku cinta Luh Mahfuzku yang sebenarnya





Amin Ya ALLAH, Ya Rabbal Alamin :)

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab
| 07:47 | 0 who?


Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.


Keluhan remaja perempuan A:

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”


Keluhan isteri A:

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”


Keluhan remaja perempuan B:

“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”


Keluhan isteri B:

“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”


Keluhan isteri C:

“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”


Keluhan isteri D:

“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”


Keluhan remaja perempuan C:

“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.


Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”


Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.


Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:

“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”


Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:

“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”


Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:

“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:

“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:

“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:

“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;

“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

~BERBANGGALAH MENJADI SEORANG WANITA~

Rahsia Surah Al-Kautsar
| 07:42 | 0 who?


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

  Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.   Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

  2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

  5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

  7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

| 07:35 | 0 who?
✿~ Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan, semoga Dia menghadirkan seseseorang yang MENGIMPIKANMU..
✿~ Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan, semoga Dia menghadirkan seseorang yang MERINDUKANMU..
✿~ Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu dambakan, semoga Dia memberimu seseorang yang MENDAMBAKANMU..
✿~ Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai, semoga Dia menghadirkan seseorang yang MENCINTAIMU..

>>> Yang bukan HANYA kerana apa yang ada PADAMU tetapi apa adanya DIRIMU..semoga ALLAH memberikan kita yang TERBAIK dengan segala keindahan hati & KETAQWAANNYA, insyaAllah…♥♥

| 07:33 | 0 who?
1.Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

2. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

7. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.


Older Post